Monday, July 29, 2013

Jamuan Berbuka Puasa

Ramadhan Al-Kareem tiba lagi :)


Alhamdulillah, pada 7 Ogos 2012 bersamaan hari Selasa, pihak ASTAKA telah mengadakan Jamuan Berbuka Puasa di Foyer Perpustakaan Hamzah Sendut. Seramai 20 orang staf PHS yang datang menyertai jamuan ini. Pelbagai juadah disediakan seperti nasi putih, ayam masak merah, sayur-sayuran, kuih muih dan juga satay. Terima kasih kepada Encik Amin Razip kerana sponsor satay kepada kami. Sangat sedap ;)



Semoga aktiviti sebegini dapat diadakan pada setiap tahun untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama staf PHS ^_^



Antara staf PHS yang hadir pada jamuan berbuka puasa :)




Thursday, September 27, 2012

ASTAKA 'vs' Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang

Pada 1 Jun 2012, pihak ASTAKA telah menerima kunjungan daripada adik-adik Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan bola jaring di antara Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang bersama dengan ASTAKA. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara ahli ASTAKA dengan adik-adik dari Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang.

Perlawanan persahabatan ini telah berlangsung pada pukul 5.30 petang di gelanggang bola jaring, USM. Pemain-pemain dari Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang mahupun dari ASTAKA tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Nasib telah menyebelahi ASTAKA dengan jaringan 10 berbalas 6. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan silaturrahim di samping dapat beriadah bersama-sama.

>>------------------>>>  Gambar semasa perlawanan :)

Bergambar dulu sebelum bermain :)
Pemain-pemain dari Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang
Beratur dulu untuk dengar penerangan dari Pengadil &
bersalaman dengan pihak lawan
Yeayyyy... dapat cenderahati dari ASTAKA :)
Staf lelaki pun tidak ketinggalan untuk
menunjukkan bakat :)

Lawatan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Perpustakaan Hamzah Sendut, USM

29 Jun 2012 (Jumaat) - Jalinan kerjasama Perpustakaan Hamzah Sendut dan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dieratkan dengan kehadiran rakan-rakan sejawat dari UKM baru-baru ini. Lawatan pada kali ini amat bermakna dalam usaha menjalin kerjasama strategik di dalam beberapa bidang perkhidmatan perpustakaan dan juga saling berkongsi maklumat mengenai kelab staf. Taklimat Perpustakaan telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Perhungungan Pelanggan, Pn Radia Banu Jan Mohamad dan taklimat mengenai ASTAKA telah disampaikan oleh Presiden ASTAKA, En Meor Mohd Arafat Mohamad Shahini. 

--------------------------->>>> Jika ada kelapangan, mungkin pihak ASTAKA akan bertandang ke Bangi untuk melawat rakan-rakan di UKM kelak.

Taklimat disampaikan oleh Presiden ASTAKA
En Meor Mohd Arafat Mohamad Shahini
Staf dari Perpustakaan UKM
Staf dari Perpustakaan UKM
Staf dari Perpustakaan UKM
Staf dari Perpustakaan UKM
Barisan AJK ASTAKA
Dari kiri :
Pn Siti Roudhah, Pn Sukma & Pn Yusliza
Antara barisan Ketua Bahagian yang turut hadir
Taklimat Perpustakaan dari Ketua
Bahagian Perhubungan Pelanggan,
Pn Radia Banu Jan Mohamad


Thursday, June 28, 2012

Persaraan En Azahar Hassan dari Bahagian Bahan-bahan Bersiri & Dokumen

Jasamu dikenang... 

Pada tanggal 16 Mei 2012 merupakan tarikh keramat bagi En Azahar Hassan di Perpustakaan Hamzah Sendut kerana beliau telah bersara wajib. Sekalung penghargaan diberikan kepada beliau atas jasa-jasa yang telah disumbangkan kepada Perpustakaan. 

Disertakan gambar-gambar kenangan bersama En Azahar Hassan --------->>>>>>>>

Penyerahan sumbangan penghargaan kepada En Azahar Hassan 
daripada Naib Presiden ASTAKA, En Muhammad Hanifah Mahabat
En Azahar Hassan bergambar kenangan bersama-sama 
ahli ASTAKA

Thursday, June 21, 2012

Majlis Tahlil

Alhamdulillah, pada tanggal 11 Mei 2012, aktiviti pertama ASTAKA iaitu majlis tahlil telah berjaya dilakukan. Majlis ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi di Bilik Rehat, PHS 1. Pada kali ini, majlis tahlil telah diketuai oleh En Mazlan Nor. Kepada staf PHS, terima kasih kerana sudi melapangkan masa dalam menghadiri majlis tahlil pada kali ini :)

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis tahlil berlangsung ------------>>>>

Majlis diketuai oleh En Mazlan Nor