Tuesday, March 6, 2012

Jamuan Hari Raya Aidilfitiri

Pada 8/9/2011 jamuan hari raya aidilfitri diadakan di Perpustakaan. Jamuan hari raya ini lebih istimewa dan menarik kerana dihadiri oleh orang kelainan upaya (OKU) dari St. Nicholas Home. Kedatangan mereka sememangnya bertambah meriah kerana mereka sendiri membuat persembahan menyanyi dengan menggunakan alat-alat muzik dari bahan terbuang. Pelbagai juadah makanan yang dihidangkan seperti kuih muih, mee kuah, ais kacang, kambing dan macam - macam lagi. 








HARI KELUARGA STAF PERPUSTAKAAN

Hari keluarga staf Perpustakaan telah diadakan pada 12 November 2011 (Sabtu) bertempat di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka, Kedah. Walaupun pada sebelah malam jumaat hujan agak lebat, namun alhamdulillah pada pagi sabtu tersebut cuaca kembali cerah.
Pada pagi tersebut, pendaftaran dibuka tepat jam 8.30 pagi dan semua staf yang menghadiri telah pun mendaftar dan mendapat 'door gift' dari pihak urusetia. Acara dimulakan dengan bacaaan doa dan seterusnya ucapan aluan dari Presiden ASTAKA dan seterusnya upacara perasmian disempurnakan oleh Ketua Pustakawan.Pelbagai acara yang diadakan sepanjang hari keluarga ini antaranya membawa getah dalam straw, terompah gergasi, jalan 3 kaki, lari dalam guni, isi air dalam botol, pukul belon, mewarna bagi kanak-kanak, masukkan jarum dalam benang, rebut gula-gula, musical chair dan acara terakhir sekali adalah mencari harta karun dan menyelesaikan puzzle. Namun, agak mengecewakan juga kerana banyak acara yang tidak dapat dimainkan oleh kerana kesuntukan masa. Tetapi, syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lanjar dan jayanya. Acara cabutan bertuah juga dilakukan, ramai staf perpustakaan mendapat hadiah cubatan bertuah ini. Makanan yang enak dan lazat juga disediakan oleh pihak resort tersebut.
Semasa hari keluarga ini diadakan, terdapat 4 kumpulan yang bertanding iaitu Angry Bird, Yappur Salam, Setia Kawan dan Kantari. Kumpulan-kumpulan ini amat memberi kerjasama dalam setiap perlawanan yang diadakan. Semangat kesukanan seperti inilah yang kita mahukan. Sekitar jam 1.00 tengahari majlis pun tamat dengan jayanya dan keputusan permainan telah pun diketahui. Berikut adalah keputusan penuh dalam permainan ini :

Tempat Pertama  :  Angry Bird
              Kedua     :  Setia Kawan
              Ketiga     :  Kantari
              Keempat :  Yappur Salam

Tahniah diucapkan kepada semua staf kerana telah mengambil bahagian dalam setiap acara dan ucapan tidak terhingga juga diucapkan kepada semua AJK ASTAKA dalam menganjurkan hari keluarga seperti ini. Ternyata semua staf yang hadir amat berpuas hati dan terhibur.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar hari keluarga ini :