Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai dan memakmurkan rakyat Malaysia dalam pelbagai kaum, maka Perpustakaan juga mengorak langkah yang sama dalam menggerakkan nadi kerajaan untuk mengeratkan silaturahim dan menjana transformasi Perpustakaan dalam mewujudkan suasana 1MALAYSIA.
Pada 8 Disember 2010 jam 3.30pm, pihak Astaka telah mengadakan jamuan sempena hari raya Deepavali di Bilik Rehat Staf. Ramai staf yang turut datang dalam memeriahkan aktiviti yang diadakan seperti makan beramai-ramai sambil mendengarkan alunan muzik yang di perdengarkan. Sambil makan dan minum, staf-staf Perpustakaan begitu gembira dan seronok sekali dengan adanya jamuan raya seperti ini diadakan setelah sekian lama pihak Astaka tidak membuat majlis-majlis seperti ini.. Fuhhhhhhhhhhhh!! begitu enak sekali juadah makanan yang disediakan, macam- macam kueh mueh yang disediakan. Begitu laris sehingga makanan cepat habis dan sesiapa yang terlambat datang terpaksa makan makanan yang ada saja.
sungguh enak ya makanan disini.. |
berebut-rebut staf kita demi mendapatkan makanan yang dihidangkan, takut tidak sempat menjamah nanti..ermmmmmmmmmm.. |
Pada masa yang sama, kita mempunyai tetamu yang istimewa daripada Universitas Yogyakarta, Indonesia. Kehadiran mereka amat-amatlah dihargai kerana pada masa yang sama mereka menjalani latihan(attachment) di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Saians Malaysia selama lebih kurang sebulan. Banyak ilmu yang mereka telah pelajari dan budaya hidup orang Malaysia mereka pelajari. Sungguh enak yaaa..
khusuknyer mereka makan bersama-sama dengan Ketua Pustakawan |
Jamuan sedemikian rupa diadakan untuk meraikan kemeriahan dan mewujudkan satu semangat kekeluargaan antara semua kaum. Disamping dapat mengeratkan silaturahim antara staf, staf juga dapat bertukar-tukar pandangan dan berbual- bual mesra antara satu sama lain
ermm.. nyami-nyami, terima kasih Kelab Astaka kerana buat majlis macam ini.. kan bagus kalau buat kerap-kerap.. I LovE Astaka |
Semoga dengan majlis seperti ini akan merapatkan jurang antara kita di Perpustakaan ini, jamuan seperti ini umpama satu Perpustakaan satu keluarga yang tercinta lagi dirahmati.. Moga-moga kita akan berjumpa lagi di tahun-tahun yang akan datang..
No comments:
Post a Comment