Thursday, October 7, 2010

Jamuan Hari Raya ASTAKA 2010



Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, Kelab Angkatan Seni dan Sukan Perpustakaan(ASTAKA) telah berjaya menganjurkan jamuan Hari Raya pada  05/10/2010 iaitu pada hari Rabu di foyer Bangunan Baharu Perpustakaan Hamzah Sendut. Dengan letupan & dentuman muzik Hari Raya yang menyusuk hati, staf Perpustakaan Hamzah Sendut 1,2,Pusat Islam & PTPM dapat beramah mesra serta dapat mengeratkan lagi tali silaturahim pada Majlis ini. Majlis ini bermula pada pukul 3.30 petang. Selain daripada majlis Jamuan Hari Raya, pada tahun ini ASTAKA telah menjemput tetamu Khas dari Rumah Anak Yatim Nasiyiatul Aishah. 23 tetamu istimewa ini diraikan & saya amat berterima kasih kepada semua Staf Perpustakaan USM yang ikhlas hati menderma kepada Rumah Anak Yatim Nasiyiatul Aishah. Tidak kiralah sumbangan yang berupa wang ringgit, pakaian, mahupun kuderat titik peluh untuk menjayakan aktiviti ASTAKA pada tahun ini.
Penghuni Rumah Anak Yatim Yatim Nasiyiatul Aishah
Selain daripada itu, pihak ASTAKA juga telah mengumumkan pelancaran Moto baharu bagi ASTAKA 2010. Oleh itu pihak Jawatankuasa ASTAKA telah bersetuju untuk menganjurkan pertandingan mencipta Moto ASTAKA yang baharu. Setelah meneliti lebih daripada 80 cadangan Moto baru ASTAKA, Puan Noor Azlinda Wan Jan telah memenangi dengan motonya 'MENJANA TRANSFORMASI PERPUSTAKAAN'. Pada majlis ini juga Puan Noor Azlinda Wan Jan telah menerima hadiah untuk pemenang Pencipta Moto ASTAKA baharu. Jawatankuasa Kempan Membaca PHS juga telah menyumbang sejumlah buku kanak-kanak kepada Rumah Anak Yatim Nasiyiatul Aishah. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Kempen Membaca PHS.

Di bawah ialah gambar-gambar sekitar Majlis Jamuan Hari Raya ASTAKA 2010.

No comments:

Post a Comment