Wednesday, February 9, 2011

Jamuan Makan Malam Kelab Astaka

Setelah sekian lama makan malam anjuran Astaka tidak diadakan, maka dengan Ahli Jawatankuasa Astaka yang baru telah mengorak langkah yang bijak dan akan membuat majlis-majlis seperti ini yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua staf Perpustakaan. Staf Perpustakaan amat dahagakan majlis-majlis seperti ini demi merancakkan zaman kemeriahan dan mengeratkan jalinan perhubungan kaum kekeluargaan semua staf.
Majlis makan malam ini akan diadakan pada 5/3/2011 jam 8.00 pm dan dijangka tamat sekitar jam 11.30pm bertempat di Vistana Hotel, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti dan acara akan dilakukan semasa majlis makan malam ini. Antaranya pertandingan karaoke, pakaian tercantik malam tersebut, hadiah cabutan bertuah,persembahan dari staf dan macam-macam lagi. Fuhhhhhhhhh!! dengar menarik gilerrrr.. tp kita kena p untuk tengok malam tersebut baru kita tahu sejauh mana program ini.. Rasanya memang sempoi dan menakjubkanlah akan berlaku pada malam tersebut. Pelbagai juadah makanan yang sempoiiii dan lazat akan disajikan untuk kita semua. Pada malam tersebut majlis kita akan bertambah meriah dan seri lagi dengan kedatangan tetamu-tetamu yang istimewa dan para jemputan yang diundang. Tema pada malam tersebut adalah warna hitam, putih dan merah. Diharap semua staf dapat datang beramai-ramai yerrr..


Pakat-pakat mai nu kita meriahkan kelancaran majlis gilang gemilang kita. Sesiapa yang tak datang rogi mampoihhh..    =)))  mai jangan tak maiiiiii...

Tuesday, February 8, 2011

Jamuan Sempena Hari Deepavali

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai dan memakmurkan rakyat Malaysia dalam pelbagai kaum, maka Perpustakaan juga mengorak langkah yang sama dalam menggerakkan nadi kerajaan untuk mengeratkan silaturahim dan menjana transformasi Perpustakaan dalam mewujudkan suasana  1MALAYSIA.

Pada 8 Disember 2010 jam 3.30pm, pihak Astaka telah mengadakan jamuan sempena hari raya Deepavali di Bilik Rehat Staf. Ramai staf yang turut datang dalam memeriahkan aktiviti yang diadakan seperti makan beramai-ramai sambil mendengarkan alunan muzik yang di perdengarkan. Sambil makan dan minum, staf-staf Perpustakaan begitu gembira dan seronok sekali dengan adanya jamuan raya seperti ini diadakan setelah sekian lama pihak Astaka tidak membuat majlis-majlis seperti ini.. Fuhhhhhhhhhhhh!!  begitu enak sekali juadah makanan yang disediakan, macam- macam kueh mueh yang disediakan. Begitu laris sehingga makanan cepat habis dan sesiapa yang terlambat datang terpaksa makan makanan yang ada saja.


sungguh enak ya makanan disini..
  
berebut-rebut staf kita demi mendapatkan makanan yang dihidangkan,
 takut tidak sempat menjamah nanti..ermmmmmmmmmm..
Pada masa yang sama, kita mempunyai tetamu yang istimewa daripada Universitas Yogyakarta, Indonesia. Kehadiran mereka amat-amatlah dihargai kerana pada masa yang sama mereka menjalani latihan(attachment) di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Saians Malaysia selama lebih kurang sebulan. Banyak ilmu yang mereka telah pelajari dan budaya hidup orang Malaysia mereka pelajari. Sungguh enak yaaa..



khusuknyer mereka makan bersama-sama dengan Ketua Pustakawan



Jamuan sedemikian rupa diadakan untuk meraikan kemeriahan dan mewujudkan satu semangat kekeluargaan antara semua kaum. Disamping dapat mengeratkan silaturahim antara staf, staf juga dapat bertukar-tukar pandangan dan berbual- bual mesra antara satu sama lain


ermm.. nyami-nyami, terima kasih Kelab Astaka kerana buat majlis macam ini..
kan bagus kalau buat kerap-kerap.. I LovE Astaka

Semoga dengan majlis seperti ini akan merapatkan jurang antara kita di Perpustakaan ini, jamuan seperti ini umpama satu Perpustakaan satu keluarga yang tercinta lagi dirahmati.. Moga-moga kita akan berjumpa lagi di tahun-tahun yang akan datang..


Ahli Jawatankuasa ASTAKA Sesi 2010/2012

Bermulanya era dan peredaran masa yang begitu pesat dan canggih, maka dengan itu Perpustakaan juga mengorak langkah dengan membangun bersama-sama dengan peredaran masa ini dengan menubuhkan dan mengembalikan kerancakkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2010 hingga 2012 oleh pihak Perpustakaan dengan tertubuhnya ANGKATAN SENI DAN SUKAN PERPUSTAKAAN atau lebih dikenali sebagai (ASTAKA).
Kelab Astaka Perpustakaan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 26/8/2010. Pada mesyuarat tersebut, beberapa ahli jawatankuasa yang baru telah dilantik untuk menerajui misi dan visi serta aktiviti yang akan dirancang sepanjang tahun 2010/2012.


Antara AJK Astaka 2010/2012 adalah seperti berikut :


PRESIDEN
 MUHAMMAD FIRDAUS CHE SEMAN
                                                                      
NAIB PRESIDEN
 MEOR MOHD ARAFAT MOHAMAD SHAHINI


SETIAUSAHA
AZIZAH AHMAD
PENOLONG SETIAUSAHA
SARBANI MOHD SAID














 


                                                                              

BENDAHARI
SHAHRIN HISHAM AHMAD

SETIAUSAHA SOSIAL
SITI NURAISHAH NASIR
 
PENOLONG SETIAUSAHA SOSIAL
HAZWANI JAMALUDDIN
    
SETIAUSAHA KEBAJIKAN
NOOR AZMAN VIJAY ABDULLAH

SETIAUSAHA SUKAN
ZAMBRI HASSAN



PENOLONG SETIAUSAHA SUKAN
ENGKU SHAHIDIL ENGKU AB RAHMAN



 WAKIL IKHTISAS
SHAHRIZA FADZLI MISARIDIN

WAKIL PEMBANTU PERPUSTAKAAN I
MOHD RIDZWAN MOHD NOOR


WAKIL PEMBANTU PERPUSTAKAAN II
AZIZAN MD ZIN

WAKIL SETIAUSAHA PEJABAT
NOR SHARMIZA ISMAIL


WAKIL JURUTEKNIK
AINUN ZAKIAH ZANIAL


WAKIL PEMBANTU AM PEJABAT & PEKERJA RENDAH AWAM
MUHAMAD HADZRI YAAKOP
                                                                                 
Sejajar dengan pelantikan AJK yang baru ini, maka disini terdapat perubahan yang terkini mengenai kutipan wang bulanan. Setelah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap ahli Perpustakaan akan menjadi ahli secara automatik ketika mendaftar diri sebagai staf Perpustakaan. Berikut adalah kadar kutipan bulanan mengikut gred staf :
        
BIL.
GRED JAWATAN
YURAN (RM)
1.
1 – 16
2.00
2.
17 – 26
3.00
3.
27- 40
4.00
4.
41 – 44
5.00
5.
48
6.00
6.
52 – 54
10.00
7.
Jusa
20.00

Dengan adanya AJK yang baru ini, kami berharap kelab Astaka kita akan terus berkembang maju dan mendapat sambutan yang menggalakkan dan disanjung tinggi oleh semua staf Perpustakaan. Kami sebagai AJK, amat berharap dan memerlukan semangat dan sokongan yang jitu dari semua staf. Jika ada sebarang penambahbaikkan atau komen, jangan segan silu untuk berjumpa dengan kami demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti Astaka yang disayangi dan dicintai oleh semua orang.