Wednesday, February 9, 2011

Jamuan Makan Malam Kelab Astaka

Setelah sekian lama makan malam anjuran Astaka tidak diadakan, maka dengan Ahli Jawatankuasa Astaka yang baru telah mengorak langkah yang bijak dan akan membuat majlis-majlis seperti ini yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua staf Perpustakaan. Staf Perpustakaan amat dahagakan majlis-majlis seperti ini demi merancakkan zaman kemeriahan dan mengeratkan jalinan perhubungan kaum kekeluargaan semua staf.
Majlis makan malam ini akan diadakan pada 5/3/2011 jam 8.00 pm dan dijangka tamat sekitar jam 11.30pm bertempat di Vistana Hotel, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti dan acara akan dilakukan semasa majlis makan malam ini. Antaranya pertandingan karaoke, pakaian tercantik malam tersebut, hadiah cabutan bertuah,persembahan dari staf dan macam-macam lagi. Fuhhhhhhhhh!! dengar menarik gilerrrr.. tp kita kena p untuk tengok malam tersebut baru kita tahu sejauh mana program ini.. Rasanya memang sempoi dan menakjubkanlah akan berlaku pada malam tersebut. Pelbagai juadah makanan yang sempoiiii dan lazat akan disajikan untuk kita semua. Pada malam tersebut majlis kita akan bertambah meriah dan seri lagi dengan kedatangan tetamu-tetamu yang istimewa dan para jemputan yang diundang. Tema pada malam tersebut adalah warna hitam, putih dan merah. Diharap semua staf dapat datang beramai-ramai yerrr..


Pakat-pakat mai nu kita meriahkan kelancaran majlis gilang gemilang kita. Sesiapa yang tak datang rogi mampoihhh..    =)))  mai jangan tak maiiiiii...

No comments:

Post a Comment