Wednesday, August 24, 2011

Sekitar Majlis Jamuan Makan Malam Astaka 2011

Alhamdulillah, segala perancangan dan usaha yang dirancang selama ini telah berjaya dan mendapat sambutan yang amat-amat mengalakkan dan begitu meriah sekali majlis ini berlangsung pada malam tersebut.Ramai staf-staf Perpustakaan Hamzah Sendut datang bersama-sama dengan keluarga tercinta dan ternyata semuanya senyum manis tanda suka akan majlis yang dianjurkan Kelab Astaka Perpustakaan. Ini kerana agak lama juga Perpustakaan tidak menganjurkan sebarang majlis yang gilang gemilang seperti ini demi meraikan staf-staf dalam jamuan makan malam seperti ini. Majlis makan malam ini berlangsung pada
5 Mac 2011 (Sabtu) di Hotel Vistana, Bukit Gambir Pulau Pinang jam 8.00 malam.

Majlis ini bermula sekitar 8.30 malam selepas kedatangan Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan dan staf dari Koperasi Universiti Sains Malaysia serta staf perpustakaan dan tetamu - tetamu jemputan..Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh En.Muhammad Akmal dan seterusnya dengan ucapan Presiden Astaka dan Penasihat Astaka iaitu En. Mohd Pisol Ghadzali. Majlis ini dikendali oleh dua orang pengacara yang amat berbakat dan berkaliber iaitu En. Afizal dan Puan Jamilah..

Kedua-dua pengacara ini amat dikagumi serta diberi tepukan yang gemuruh dalam mengendalikan acara yang gemilang ini. Banyak lawak-lawak serta usikan yang mencuit para hadirin serta menghibur semua orang yang hadir pada malam tersebut. Semua staf amat terhibur dan suasana pada malam tersebut menjadi riuh- rendah serta staf memberi kerjasama yang erat dalam menjalinkan semangat perpaduan antara staf. Di samping itu juga, pada malam tersebut pelbagai acara dan permainan disediakan. Antaranya ialah persembahan karaoke, cabutan bertuah dan lakonan dari kalangan staf..Pada malam tersebut kelab Astaka juga mendapat tajaan dan sumbangan dari pelbagai pihak dalam memeriahkan majlis ini. Pihak Astaka mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang tidak terhingga. Persembahan karaoke pada malam tersebut juga menghidupkan suasana kemeriahan majlis ini. Ketika persembahan dan acara lain dilangsungkan para tetamu dan staf di sajikan dengan pelbagai makanan yang enak-enak dan sedap sekali. Pelbagai juadah makanan yang dihidangkan serta banyak buah-buahan yang disediakan untuk santapan para hadirin.



Antara acara-acara yang diadakan pada malam tersebut adalah pertandingan meminum air melalui botol susu kanak-kanak, makan burger yang besar bagi kaum wanita. Acara lakonan juga dipersembahkan oleh staf juga. Acara yang dinantikan-nantikan oleh semua adalah cabutan bertuah. Pelbagai hadiah disediakan dalam majlis ini. Hadiah utama pada malam tersebut adalah televisyen 32 inci yang dimenangi oleh Cik Aini selaku Ketua Bahagian Sirkulasi.Tahniah diucapkan kepada beliau.

Majlis ini diadakan bersebelahan kolam mandi dan dilimpahi dengan sinaran-sinaran dan kilauan lampu-lampu yang cantik dan suasana malam tersebut juga dalam keadaan baik ini kerana pada petang tersebut awan gelap seketika. Tetapi alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan berjalan lancar.
Majlis makan malam ini tamat sekitar jam 11.30 malam. Rata-rata staf dan tetamu yang datang amat puas hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Berikut gambar-gambar sekitar majlis makan malam untuk dijadikan
kenangan abadi dalam memori semua staf Perpustakaan :
 






KITA JUMPA DI TAHUN SETERUSNYA DENGAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA
YANG BARU DAN PASTI AKAN LEBIH RANCAK DAN MERIAH YANG AKAN DITONJOLKAN SELEPAS INI. KAMI AJK ASTAKA MENGUCAPKAN RIBUAN
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA STAF YANG SUDI HADIR DALAM
MEMERIAHKAN ACARA GILANG GEMILANG INI.

No comments:

Post a Comment