Thursday, August 25, 2011

Kejohanan Bowling Anjuran Kelab Astaka 2011

Pada 2 Februari 2011, kelab Astaka telah menganjurkan kejohanan bowling tertutup di Sunshine Square, Pulau Pinang. Penyertaan ini terdiri daripada staf Perpustakaan sendiri dan tetamu jemputan juga hadir dalam memeriahkan kejohan ini iaitu staf dari Perpustakaan Kampus Kejuruteraan, staf Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan tetamu dari pihak penaja. Pada malam tersebut, permainan bowling sepatutnya bermula pada 8.00 pm. Tetapi sebaliknya berlaku apabila kejohanan bowling Astaka terpaksa ditunda ke sekitar 10.00 pm. Ini disebabkan oleh para pemain-pemain dari pemain negeri seluruh Malaysia tidak dapat menamatkan perlawanan mereka pada waktu yang sepatutnya. Ini kerana disebabkan oleh masalah teknikal. Disebabkan masalah ini beberapa orang staf kita terpaksa pulang awal kerana mereka mempunyai hal lain. Tetapi pada malam itu juga, tempat mereka digantikan dengan staf lain yang datang asalnya untuk menjadi penonton.
Alhamdulillah jam 10.00 pm perlawanan yang dinantikan oleh semua pemain telah pun bermula dengan lancarnya. Setiap pendaftaran pemain mendapat hamper yang ditaja oleh syarikat Carta Pertama Sdn. Bhd.


Sepanjang perlawanan ini berlangsung, ternyata semua staf gembira dan amat berpuas hati dengan penganjuran kelab Astaka ini. Wajah-wajah ceria semua pemain kembali bersinar setelah agak suram dan muram dengan kelewatan perlawanan bowling ini. Perlawanan bowling ini tamat sekitar 11.40 pm selepas majlis penyampaian hadiah yang diberi oleh En. Mohd Pisol Ghadzali. Berikut adalah senarai nama dan kumpulan yang telah memenangi dalam perlawanan ini:

Kategori  High Score
Lelaki Tertutup : Mohd Hazlee
Wanita Tertutup: Salasiah
Lelaki Terbuka : Sani (Syarikat KNS)
Wanita Terbuka : Noor Misbah
Kategori High Series (Ahli)
Pertama : Mohd Hazlee
Kedua : Nor Azan
Ketiga : Shahrin Hisham
Kategori High Series (Terbuka)
Pertama : Sani (Syarikat KNS)
Kedua : Azrain Shukor (Perpustakaan KEJ)
Ketiga : Mohd Yunus (Perpustakaan KEJ)
Kategori High Game(Berkumpulan)
Pertama : Mohd Yunus, Shahrin Hisham, Jamilah, Musthapa Ismail
(1432 mata)
Kedua : Shahriza Fadly, Zaharah, Taufik Suleiman, Zamzuri
(1416 mata)
Ketiga : Sani, Siti Nuraishah, Muhamad Hadzri, Hanifah (1402 mata)
Keempat : Nik, Azizah, Abd Shukor, Fadly (1399 mata)
Kelima : Mohd Hazlee, Salasiah, Zulnawar, Jazmi Daniel (1345 mata)

Tahniah diucapkan kepada para pemain yang telah menghidupkan kembali zaman kegemilangan kelab Astaka dalam memeriahkan aktiviti tahunan kelab ini yang dirancang sepanjang tahun demi mengeratkan semangat kekitaan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara semua staf tanpa mengira pangkat dan kaum dalam sesebuah organisasi.
Tahniah juga diucapkan kepada para pemain-pemain yang telah berjaya memenangi dalam pertandingan ini. Yang tidak berjaya janganlah berputus asa, teruskan perjuangan anda di masa hadapan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Bowling pada malam tersebut kerana sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai situasi dan dugaan sebelum pertandingan dimulakan.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil untuk dijadikan kenangan
dan tatapan semua staf Perpustakaan :







No comments:

Post a Comment