Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa Staf Perpustakaan 2011

18 Ogos 2011, bertempat di Perpustakaan Baharu. Majlis berbuka puasa staf Perpustakaan telah diadakan. Ramai staf juga datang dalam majlis ini kira-kira 40 orang. Pelbagai juadah yang ada seperti nasi berlauk ayam, daging, kuih-muih, buah-buahan dan macam-macam lagi yang ada. Ada juga makanan yang dibawa sendiri oleh staf dari rumah.
Tepat jam 7.34 pm, azan berkumandang dan menandakan masuknya waktu berbuka puasa. Alhamdulillah syukur kepada Allah semua staf telah menjamu selera dengan begitu riang sekali sambil berbual mesra bersama-sama rakan seperjuangan. Ternyata semuanya begitu kenyang sekali. Sementara menikmati juadah berbuka, ada staf yang menunaikan solat maghrib. Apabila masuk waktu isyak, staf menunaikan solat isyak dan terawih bersama-sama di surau Bangunan Baharu. Amin, semuannya berjalan lancar dan amalan-amalan seperti ini mesti diteruskan setiap tahun demi mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf tanpa mengira pangkat @ kaum..


Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Sempena Menyambut Bulan Ramadhan 2011

Sempena ketibaan bulan Ramadhan yang akan bermula pada 1 Ogos 2011, maka dikesempatan ini Kelab Astaka telah mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil di bilik rehat, Perpustakaan Hamzah Sendut. Ternyata acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua staf. Walaupun pada hari tersebut ramai staf yang terlibat dengan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan Staf Universiti Sains Malaysia. Jamuan ringan juga disediakan selepas tamat majlis ini. Semoga puasa kita di bulan Ramadhan ini sentiasa di rahmati olehNya. Amin..







Kejohanan Badminton Tertutup Astaka 2011

Kejohanan badminton tertutup anjuran Kelab Astaka telah diadakan pada
22 Mei 2011 (Ahad). Perlawanan yang berlangsung melibatkan antara staf Perpustakaan Hamzah Sendut. Kejohanan ini berlangsung di gelanggang badminton, Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia pada 9.00 am. Lebih kurang 48 orang yang menyertai pertandingan ini demi merebut hadiah yang ditawarkan oleh kelab Astaka. Perlawanan ini dibahagi kepada kategori lelaki dan wanita. Bagi mengendalikan perlawanan ini, kelab ini telah menjemput beberapa orang pengadil iaitu staf dari Perpustakaan sendiri yang sememangnya cekap dalam mengendalikan perlawanan badminton ini.
Segalanya berjalan dengan lancar dan perlawanan tamat kira-kira 12.30 pm setelah acara penyampaian hadiah dilakukan oleh En. Mohd Pisol Ghadzali. Kelab Astaka juga merakam ribuan terima kasih kepada penaja dalam kejohanan ini iaitu syarikat Ceria Idaman.

Setelah selesai perlawanan, inilah keputusan keseluruhan kejohanan badminton ini :
                               
Kategori Beregu Lelaki :
Tempat Pertama
Ayub Che Lah & Muhamad Hadzri
Tempat Kedua
Taufik Ibrahim & Mohd Erwan
Tempat Ketiga & Keempat
Norisham & Abdul Rahim Derani
Mohd Zaidi & Md Kamal Keria


Kategori Beregu Wanita :
Tempat Pertama
Zaharah Amir & Zaiton Amir
Tempat Kedua
Salasiah & Ainun Zakiah



Tahniah diucapkan kepada para pemain yang telah menunjukkan prestasi yang terbaik dalam memenangi kejohan ini. Kepada yang tidak berjaya, teruskan usaha anda pada masa hadapan. Jangan berputus asa dalam apa jua keadaan.

Antara gambar-gambar di sepanjang kejohanan ini berlangsung :









 



Kejohanan Bowling Anjuran Kelab Astaka 2011

Pada 2 Februari 2011, kelab Astaka telah menganjurkan kejohanan bowling tertutup di Sunshine Square, Pulau Pinang. Penyertaan ini terdiri daripada staf Perpustakaan sendiri dan tetamu jemputan juga hadir dalam memeriahkan kejohan ini iaitu staf dari Perpustakaan Kampus Kejuruteraan, staf Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan tetamu dari pihak penaja. Pada malam tersebut, permainan bowling sepatutnya bermula pada 8.00 pm. Tetapi sebaliknya berlaku apabila kejohanan bowling Astaka terpaksa ditunda ke sekitar 10.00 pm. Ini disebabkan oleh para pemain-pemain dari pemain negeri seluruh Malaysia tidak dapat menamatkan perlawanan mereka pada waktu yang sepatutnya. Ini kerana disebabkan oleh masalah teknikal. Disebabkan masalah ini beberapa orang staf kita terpaksa pulang awal kerana mereka mempunyai hal lain. Tetapi pada malam itu juga, tempat mereka digantikan dengan staf lain yang datang asalnya untuk menjadi penonton.
Alhamdulillah jam 10.00 pm perlawanan yang dinantikan oleh semua pemain telah pun bermula dengan lancarnya. Setiap pendaftaran pemain mendapat hamper yang ditaja oleh syarikat Carta Pertama Sdn. Bhd.


Sepanjang perlawanan ini berlangsung, ternyata semua staf gembira dan amat berpuas hati dengan penganjuran kelab Astaka ini. Wajah-wajah ceria semua pemain kembali bersinar setelah agak suram dan muram dengan kelewatan perlawanan bowling ini. Perlawanan bowling ini tamat sekitar 11.40 pm selepas majlis penyampaian hadiah yang diberi oleh En. Mohd Pisol Ghadzali. Berikut adalah senarai nama dan kumpulan yang telah memenangi dalam perlawanan ini:

Kategori  High Score
Lelaki Tertutup : Mohd Hazlee
Wanita Tertutup: Salasiah
Lelaki Terbuka : Sani (Syarikat KNS)
Wanita Terbuka : Noor Misbah
Kategori High Series (Ahli)
Pertama : Mohd Hazlee
Kedua : Nor Azan
Ketiga : Shahrin Hisham
Kategori High Series (Terbuka)
Pertama : Sani (Syarikat KNS)
Kedua : Azrain Shukor (Perpustakaan KEJ)
Ketiga : Mohd Yunus (Perpustakaan KEJ)
Kategori High Game(Berkumpulan)
Pertama : Mohd Yunus, Shahrin Hisham, Jamilah, Musthapa Ismail
(1432 mata)
Kedua : Shahriza Fadly, Zaharah, Taufik Suleiman, Zamzuri
(1416 mata)
Ketiga : Sani, Siti Nuraishah, Muhamad Hadzri, Hanifah (1402 mata)
Keempat : Nik, Azizah, Abd Shukor, Fadly (1399 mata)
Kelima : Mohd Hazlee, Salasiah, Zulnawar, Jazmi Daniel (1345 mata)

Tahniah diucapkan kepada para pemain yang telah menghidupkan kembali zaman kegemilangan kelab Astaka dalam memeriahkan aktiviti tahunan kelab ini yang dirancang sepanjang tahun demi mengeratkan semangat kekitaan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara semua staf tanpa mengira pangkat dan kaum dalam sesebuah organisasi.
Tahniah juga diucapkan kepada para pemain-pemain yang telah berjaya memenangi dalam pertandingan ini. Yang tidak berjaya janganlah berputus asa, teruskan perjuangan anda di masa hadapan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Bowling pada malam tersebut kerana sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai situasi dan dugaan sebelum pertandingan dimulakan.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil untuk dijadikan kenangan
dan tatapan semua staf Perpustakaan :







Wednesday, August 24, 2011

Sekitar Majlis Jamuan Makan Malam Astaka 2011

Alhamdulillah, segala perancangan dan usaha yang dirancang selama ini telah berjaya dan mendapat sambutan yang amat-amat mengalakkan dan begitu meriah sekali majlis ini berlangsung pada malam tersebut.Ramai staf-staf Perpustakaan Hamzah Sendut datang bersama-sama dengan keluarga tercinta dan ternyata semuanya senyum manis tanda suka akan majlis yang dianjurkan Kelab Astaka Perpustakaan. Ini kerana agak lama juga Perpustakaan tidak menganjurkan sebarang majlis yang gilang gemilang seperti ini demi meraikan staf-staf dalam jamuan makan malam seperti ini. Majlis makan malam ini berlangsung pada
5 Mac 2011 (Sabtu) di Hotel Vistana, Bukit Gambir Pulau Pinang jam 8.00 malam.

Majlis ini bermula sekitar 8.30 malam selepas kedatangan Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan dan staf dari Koperasi Universiti Sains Malaysia serta staf perpustakaan dan tetamu - tetamu jemputan..Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh En.Muhammad Akmal dan seterusnya dengan ucapan Presiden Astaka dan Penasihat Astaka iaitu En. Mohd Pisol Ghadzali. Majlis ini dikendali oleh dua orang pengacara yang amat berbakat dan berkaliber iaitu En. Afizal dan Puan Jamilah..

Kedua-dua pengacara ini amat dikagumi serta diberi tepukan yang gemuruh dalam mengendalikan acara yang gemilang ini. Banyak lawak-lawak serta usikan yang mencuit para hadirin serta menghibur semua orang yang hadir pada malam tersebut. Semua staf amat terhibur dan suasana pada malam tersebut menjadi riuh- rendah serta staf memberi kerjasama yang erat dalam menjalinkan semangat perpaduan antara staf. Di samping itu juga, pada malam tersebut pelbagai acara dan permainan disediakan. Antaranya ialah persembahan karaoke, cabutan bertuah dan lakonan dari kalangan staf..Pada malam tersebut kelab Astaka juga mendapat tajaan dan sumbangan dari pelbagai pihak dalam memeriahkan majlis ini. Pihak Astaka mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang tidak terhingga. Persembahan karaoke pada malam tersebut juga menghidupkan suasana kemeriahan majlis ini. Ketika persembahan dan acara lain dilangsungkan para tetamu dan staf di sajikan dengan pelbagai makanan yang enak-enak dan sedap sekali. Pelbagai juadah makanan yang dihidangkan serta banyak buah-buahan yang disediakan untuk santapan para hadirin.



Antara acara-acara yang diadakan pada malam tersebut adalah pertandingan meminum air melalui botol susu kanak-kanak, makan burger yang besar bagi kaum wanita. Acara lakonan juga dipersembahkan oleh staf juga. Acara yang dinantikan-nantikan oleh semua adalah cabutan bertuah. Pelbagai hadiah disediakan dalam majlis ini. Hadiah utama pada malam tersebut adalah televisyen 32 inci yang dimenangi oleh Cik Aini selaku Ketua Bahagian Sirkulasi.Tahniah diucapkan kepada beliau.

Majlis ini diadakan bersebelahan kolam mandi dan dilimpahi dengan sinaran-sinaran dan kilauan lampu-lampu yang cantik dan suasana malam tersebut juga dalam keadaan baik ini kerana pada petang tersebut awan gelap seketika. Tetapi alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan berjalan lancar.
Majlis makan malam ini tamat sekitar jam 11.30 malam. Rata-rata staf dan tetamu yang datang amat puas hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Berikut gambar-gambar sekitar majlis makan malam untuk dijadikan
kenangan abadi dalam memori semua staf Perpustakaan :
 






KITA JUMPA DI TAHUN SETERUSNYA DENGAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA
YANG BARU DAN PASTI AKAN LEBIH RANCAK DAN MERIAH YANG AKAN DITONJOLKAN SELEPAS INI. KAMI AJK ASTAKA MENGUCAPKAN RIBUAN
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA STAF YANG SUDI HADIR DALAM
MEMERIAHKAN ACARA GILANG GEMILANG INI.